23 October 2008

Ketua AMK Ziarah MB Kelantan ~ Suara Keadilan

KETUA ANGKATAN MUDA KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin, menziarah Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,21 Oktober lalu.

Dalam ziarah tersebut, Nik Abdul Aziz sempat berceritakan mengenai pengalaman politik beliau melakukan perundingan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin tertinggi DAP Ronnie Liu semasa parti DAP mengambil keputusan untuk keluar dari Barisan Alternatif beberapa tahun lalu.

Shamsul yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairuz Khairuddin dan rakan-rakan pimpinan AMK Malaysia serta Negeri Kelantan meluangkan masa selama 15 minit di samping Nik Abdul Aziz yang sedang dirawat di bahagian lutut yang sedang sakit.

No comments:

Post a Comment