KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mencipta kejutan apabila memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA dan menyatakan beliau akan bekerjasama dengan Presiden baru parti Datuk Ong Tee Keat." Saya yakin saya boleh bekerjasama dengan Presiden Ong Tee Keat bersama Jawatankuasa Kerja Pusat yang baru.
" Kami akan bersama-sama membentuk semula dan merancang imej baru buat MCA yang akan memenuhi harapan dan aspirasi masyarakat Cina," katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan jawatan tertinggi MCA diumumkan.
Dr Chua berkata beliau sentiasa yakin kepada kebijaksanaan dan kematangan perwakilan yang mengundinya walaupun beliau sebelum ini telah meletakkan jawatan, dengan menyatakan mereka tahu memisahkan antara perkara umum dan perkara peribadi.
Bekas Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA itu meletakkan jawatannya pada Januari tahun ini berikutan skandal seks yang dirakamkan dan disiarkan dalam internet.
Sementara itu, bekas Setiausaha Agung MCA dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan yang tewas kepada Dr Chua dalam perebutan jawatan itu menerima keputusan yang dibuat perwakilan itu dan berkata jawatan kabinet tidak menjanjikan segala-galanya dalam MCA.
" Saya tidak fikir ini adalah tsunami politik MCA kerana ada keseimbangan umur antara delagasi muda dan lama dan juga mereka yang dipilih.
" Tentang peranan saya dalam parti, terpulang kepada pemimpin parti yang baru dilantik untuk memutuskannya," katanya.
Dr Chua memperoleh 1,115 undi berbanding Ong hanya 1,001 undi, yang mengejutkan banyak pihak dalam parti.
Sementara itu, bekas Menteri Pelancongan Datuk Donald Lim Siang Chai dan Timbalan Pengerusi MCA Tanjung, masing-masing mendapat 209 dan 10 undi.
* Jijik dengan sesiapa sahaja tidak bermoral
No comments:
Post a Comment