10 October 2008

Inisiatif terakhir Dollah sebelum bersara ~ Roslam sms

Dalam kekalutan mengisytiharkan proses pengundurannya semalam, PM Dollah Badawi rupanya terlepas pandang satu lagi inisiatif yang beliau berjanji akan ditangani sebelum beliau melepaskan jawatan PM Mac tahun hadapan.

Menurut Utusan online inisiatif yang terlupa disebutkannya semalam adalah isu pertelingkahan yang timbul apabila seseorang bukan Islam menganut agama Islam membabitkan isu penjagaan anak dan pewarisan harta. Memang isu ini kelihatan berlarutan tanpa satu penyelesaian sekaligus memberikan persepsi yang negatif terhadap Islam. Mudah-mudahan apa yang tidak berjaya dicapai oleh PM-PM sebelum ini akan dapat dicapai oleh Dollah dalam tempuh 5 bulan ini.

Dalam pada itu saya kira Dollah juga seharusnya memberi perhatian kepada isu murtad yang turut merupakan gejala yang tidak berjaya ditangani oleh kerajaan BN yang diterajui Umno selama ini. Kes-kes murtad mencabar kewibawaan Islam sehingga ada pihak yang menganggap bahawa hak keluar dari Islam itu merupakan sebahagian dari hak asasi yang dijamin.

Dollah bolehlah melibatkan cerdik-pandai dan pakar-pakar Islam dalam hal ini. Apa pun fahaman dan anutan politik kita tak kiralah Umno, PAS, PKR atau apa sahaja selagi kita beragama Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama ini. Cukuplah beberapa kes murtad sebelum ini termasuklah Aishah Bokhari, Lina Joy dan lain-lain, yang mencerminkan betapa lemahnya kita umat Islam di Malaysia ini.

Semua pihak perlu beri perhatian dalam isu ini dan memandangkan kuasa buat masa ini ditangan Dollah, maka pergunakanlah ia demi maruah dan masadepan Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment