20 October 2008

Dua ahli Geng Rantau mati ditembak polis~ Kosmo

KUALA LUMPUR - Dua penjenayah yang merupakan saki baki daripada Geng Rantau yang masih bebas beberapa bulan lalu 'bertemu buku dengan ruas' apabila mereka mati ditembak polis di Klang semalam.

Sebelum kejadian pukul 12.30 malam berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Bukit Tinggi Klang itu, kedua-dua lelaki Indonesia itu dikatakan sedang menunggu pelanggan untuk menjual beberapa peralatan mengukur jalan yang kesemuanya bernilai RM180,000 yang disamun di Johor beberapa hari lalu.

Polis yang mendapat maklumat mengenai kelakuan mencurigakan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira itu, telah mendekati mereka sebelum diacukan pistol oleh seorang suspek.

Melihat tindakan suspek itu, sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Selangor telah melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan menyebabkan kedua-dua suspek mati di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan, kereta yang dinaiki kedua-dua suspek tersebut pula merupakan milik seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang telah dicuri di Johor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut merupakan penjenayah berbahaya dan sangat dikehendaki.

No comments:

Post a Comment