SHAH ALAM 15 Okt. – Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memperakui invois mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600, sembilan tahun lalu.
Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap ahli perniagaan, Zaleha Abdul Rahman atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan tersebut.
Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh ditangguhkan sehingga rayuan selesai manakala denda perlu dibayar hari ini.
No comments:
Post a Comment