19 September 2008

Tindakan saman teresa ke atas pihak kerajaan BN adalah sangat wajar

Penahanan tidak sah, Teresa akan saman kerajaan

KUALA LUMPUR, 19 SEPTEMBER (SK) - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menafikan tuduhan keatas beliau yang mengatakan beliau menyifatkan laungan azan sebagai ‘mengganggu ketenteraman’ penduduk setempat sehinggakan beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya penahanan beliau dibawah ISA adalah tidak sah, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana penahanan beliau tidak sah.

Menurutnya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di Petaling Jaya, Teresa memberitahu pemberita bahawa beliau disoalsiasat berulangkali mengenai tiga isu.

Malaysiakini melaporkan beliau disoal siasat mengenai sama ada beliau telah menggerakkan penduduk Bandar Kinrara supaya mengemukakan petisyen berhubung isu laungan azan dan sama ada beliau ada berkata, peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) patut digunakan untuk agama-agama lain.

Manakala isu ketiga ialah ialah kenyataannya sebelum ini yang menentang tulisan jawi pada tanda jalan.

“Saya menganggap penahanan saya itu sebagai satu helah oleh Umno untuk menutup rasa malunya terhadap kenyataan Ahmad Ismail yang berbaur perkauman,” katanya merujuk kepada ketua Umno Bukit Bendera yang telah digantung jawatannya.

Berita penuh akan diterbitkan di Suara Keadilan edisi 149 yang akan terbit Rabu depan.

www.suarakeadilan.com

No comments:

Post a Comment