03 September 2008

Semua tahu media di Malaysia tidak bebas | Kenyataan Pak Lah tentang media sangat diragui

Media tidak harus takut tegakkan kebenaran - Abdullah

PUTRAJAYA: Pihak media tidak harus berasa takut dan berasa bersalah untuk menegakkan kebenaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, menegakkan kebenaran adalah satu prinsip yang menjadi asas untuk memastikan berlakunya keadilan.

"Berpegang dan berdirilah atas prinsip keberanan kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan institusi berpegang kepada kebenaran," kata ketika berucap semasa melancarkan Web TV Bernama di pejabatnya di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini.

Abdullah berkata, beliau mahu supaya teknologi dan saluran komunikasi digunakan secara membina dan dijadikan instrumen mempertahankan prinsip keadilan dengan menyebarkan kebenaran berasaskan fakta dan kenyataan.

Katanya, dalam usaha mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ekonomi negara terus tumbuh dan berkembang, kerajaan menyedari tentang pentingnya pendekatan komunikasi yang berkesan dalam waktu seperti sekarang.

"Dalam waktu-waktu begini, program komunikasi yang berkesan akan dapat meningkatkan kefahaman terhadap tanggungan berat kerajaan serta meningkatkan appresiasi rakyat terhadap kesungguhan dan usaha kerajaan untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

Abdullah berkata, teknologi dan saluran komunikasi boleh digunakan secara membina juga merosakkan di mana kandungan atau perisian yang menyebar dan menyuburkan bahan-bahan negatif berbentuk fitnah dan memecah belah akan membawa keusnahan dan keruntuhan.

Katanya, dalam suasana ekonomi dunia mencabar yang menyebabkan rakyat menghadapi tekanan hidup,kerajaan akan terus mempertekadkan azam memastikan supaya rakyat mendapat fahaman yang betul dan tafsiran yang objektif terhadap tanggungjawab dan usaha kerajaan dalam menangani cabaran ini.

Abdullah berkata, dengan pengenalan Bernama TV secara online, rakyat Malaysia di seluruh dunia berpeluang mengikuti peristiwa berita negara mereka secara tepat masa.

"Perkhidmatan ini dapat membantu warga Malaysia terutama pelajar di luar negara untuk mengikuti secara langsung perkembangan yang berlaku dalam negara.

"Pada masa yang sama, perkhidmatan baru ini turut membolehkan masyarakat dunia mengenali dan mengikuti perkembangan yang berlaku di Malaysia," katanya.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment