13 September 2008

Saya lapor apa yang saya dengar | Polis sepatutnya ISAkan Ahmad bukan wartawan itu

Laporan dilakukan secara profesional - wartawan Sin Chew

BUKIT MERTAJAM 13 Sept. – Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, tetap mempertahankan laporannya mengenai kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Hoon Cheng, 33, berkata, laporan berita berhubung kenyataan Ahmad yang mendakwa orang Cina di Malaysia adalah pendatang di negara ini dilakukannya secara profesional.

``Saya hanya tulis apa yang saya dengar,'' katanya yang ditemui di rumahnya sejurus dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dekat sini kira-kira pukul 2.40 petang ini.


Wartawan wanita itu bagaimanapun memberitahu, sepanjang kira-kira 17 jam di bawah tahanan, beliau dilayan dengan sangat baik oleh para pegawai dan anggota yang bertugas.

``Saya ucapkan terima kasih kepada semua orang termasuk polis kerana mereka layan saya dengan sangat baik,'' katanya yang kelihatan ceria sepanjang ditemubual.

- Utusan

No comments:

Post a Comment