03 September 2008

Perubahan kerajaan satu cara terbaik mengimbangi kuasa politik ke arah kebaikan rakyat

16 September 2008

Maka kerajaan akan berubah? Dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat? Adakah ini benar atau satu seloka Anwar Ibrahim untuk menakut-nakutkan Barisan Nasional. Kalau untuk menakut-nakutkan Barisan Nasional Anwar kena hentikan sementara kerana ahli UMNO sedang sibuk dalam memastikan mereka ada tempat. Mesyuarat mereka tidak berapa lama lagi. Mereka sibuk untuk cuba mendapatkan tempat setinggi mungkin untuk beberapa alasan yang mereka dan diri mereka sendiri tahu.

Maka berjuanglah ahli UMNO dalam keadaan yang serupa-tapak yang sama-cara yang tidak bertukar-tukar. Mereka tidak hiraukan 16 September 2008 atau menjangkau lebih sedikit dari tarikh itu kerana isu tidak menguntungkan mereka. Biar kepimpinan tertinggi UMNO terlopong – ketakutan atau kerunsingan dalam memikirkan mengenai 16 September 2008. Mereka tidak risau tetapi yang mereka risau adalah sekiranya tidak ada tempat dalam Bahagian UMNO.

Dr Mahathir telah buat ketetapan - sekiranya Anwar Ibrahim dapat jadi Perdana Menteri dia pasti akan keluar dari Malaysia. Dr Mahathir berkata lagi “ namun itu tidak mungkin berlaku – kalau Anwar Ibrahim guna duit – orang lain juga ada duit.

Namun yang penting adakah dalam masa terdekat – sebelum pilihan raya 13 nanti, Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah negara ini. Apa yang akan terjadi kalau Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Malaysia. Adakah Malaysia akan kucar-kacir seperti yang dimaklumkan oleh kepimpinan UMNO? Adakah Pakatan Rakyat akan terus menyiasat rasuah menteri-menteri sebelum ini? Setakat ini kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat masih gagal mendakwa salah laku rasuah Kerajaan BN yang mentadbir negeri itu sebelum ini. Ironisnya sebelum menjadi pemerintah untuk negeri – negeri yang kini di bawah Pakatan Rakyat, dakwaan rasuah amat banyak sekali.

Namun berbalik kita kepada dakwaan untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 -adakah itu satu yang mustahil dilakukan. Kenapa Anwar dengan berani memaklumkan 16 September 2008? Adakah Anwar tidak ada asas untuk merealisasikan perkara itu.

Adakah Anwar mampu?

www.umno-reform2.com

No comments:

Post a Comment