17 September 2008

Penahanan ISA ke atas Teresa tidak masuk akal | Jelas Umno semakin terdesak

Jawatankuasa Pembebasan Teresa Ditubuhkan

KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER (SK)-Lebih 50 Ahli Parlimen pakatan Rakyat termasuk Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibarahim berkumpul di parlimen untuk membentuk satu Jawatankuasa Parlimen untuk membantu membebaskan Ahli Parlimen Seputeh Teresa daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata penubuhan jawatnkuasa tersebut bertujuan untuk membebaskan Teresa dan menghapuskan ISA.

“Penubuhan ini kerana kerajaan Malaysia telah menepikan hak rakyat untuk mengemukakan pendapat mereka kepada Teresa yang juga ahli parlimen secara bebas,” katanya ketika sidang media Bebaskan Teresa Hapuskan ISA di Parlimen hari ini.

Beliau berkata ini menunjukkan keperihatinan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk membela nasib Teresa dan semua tahanan ISA yang lain.

“Ini adalah kali pertama kerajaan kita menangkap seorang Ahli Parlimen wanita menggunakan ISA dan ini tidak wajar dilakukan kepada ahli parlimen dan rakyat,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, jawatankuasa yang ditubuhkan akan membuat satu mensyuarat bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar untuk mendapatkan penjelasan di atas penahanan Teresa di bawah ISA.

Jawatankuasa ini juga mencadangkan usul tergempar mengenai penahanan ISA yang terbaru dibincangkan apabila sesi parlimen bersambung bersidang Oktober depan.

“Sejumlah Ahli Parlimen yang mewakili parti yang membentuk Pakatan Rakyat membentuk satu jawatankuasa yang dipengerusi oleh Naib Presiden KeADILAn, Azmin Ali, Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan saya sendiri,” katanya.

Turut hadir sama Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guag Eng, Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli, Pengerusi DAP Karpal Singh, Zaid Ibrahim serta Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seta Exco Negeri Selangor.

Katanya lagi, ini adalah salah satu usaha kita dalam membantu Teresa agar dibebaskan dengan segera dan kami sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab membantah penahanan Teresa di bawah ISA.

“Bagaimana teresa mahu menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan berkhidmat kepada masyarakat jika dia ditahan di ISA,” katanya lagi.

www.suarakeadilan.com

No comments:

Post a Comment