Abdullah kata tidak Anwar, MB Selangor yakin 16 September jadi kenyataan
PETALING JAYA: Rancangan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang akan menjadi kenyataan sebagaimana telah dirancang sejak empat bulan lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketika bercakap kepada wartawan di Jakarta, Indonesia, Anwar berkata, "respons awal daripada ahli-ahli Parlimen kerajaan adalah positif."
"Hanya isu sekarang ialah mereka (kerajaan) hendak memaksa ahli-ahli Parlimen (BN) berkunjung ke China atau ke negara-negara lain sehingga selepas 16 September, jadi kami terpaksa menghadapi keadaan itu.
"Kemungkinan kami akan menemui mereka pada 17 hari bulan kerana mereka akan kembali pada 17 (September)," kata Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat yang berada di Jakarta untuk menghadiri seminar.
Difahamkan Anwar akan kembali ke ibu negara hari ini.
mStar Online difahamkan Anwar adalah menemui beberapa ahli Parlimen berhubung isu melompat parti di ibu negara Indonesia itu.
"Rancangan untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, diketuai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih aktif," kata Khalid di Klang.
Ketika ditanya sama ada sasaran 16 September menjadi realiti, Khalid yang juga Ketua PKR Selangor berkata, partinya tidak mahu mengatakan apa-apa buat masa sekarang.
"Kami tidak mahu buat spekulasi. Kami tidak membuat penilaian berdasarkan spekulasi," kata beliau ketika ditemui di dewan serbaguna Teluk Pulai. Klang.
Semalam, khabar angin kononnya tujuh parti komponen BN akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan sertai Pakatan Rakyat tidak menjadi, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan perikatan ini menjelang 16 September ini.
www.mstar.com.my
No comments:
Post a Comment