26 September 2008

Mesyuarat khas suatu tanda Umno dalam keadaan sangat genting

Mesyuarat di Seri Perdana, Abdullah undur Jun 2009?

KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER (SK) - Satu mesyuarat tergempar diadakan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi di Kediaman Rasmi beliau , Seri Perdana Putrajaya malam tadi bersama dengan beberapa penasihat beliau, menurut sumber kepada Suara Keadilan.

Menurut sumber berkenaan, mesyuarat berkenaan diadakan bagi berbincang dan memikirkan masa depan politik Abdullah yang telah diketahui umum seperti telur di hujung tanduk.

Dipercayai, mesyuarat yang berakhir kira-kira jam 2 pagi tadi dan telah bersetuju bagi Abdullah melepaskan jawatan Presiden Umno seterusnya Perdana Menteri pada Jun 2009.

Dengan itu, menurut sumber, beliau tidak perlu bertanding pada pemilihan Umno Disember ini yang dikatakan mempunyai kemungkinan besar, bapa mertua calon Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, tidak mendapat kuota 58 percalonan bahagian sekiranya beliau berkeras untuk mempertahankan presidenya.

Sumber kami juga percaya, mesyuarat Majlis Tertinggi yang sedang berlangsung kini di tingkat 38 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bahawa Abdullah akan kemukakan cadangan beliau hasil mesyuarat malam tadi pada mesyuarat berkenaan.

Walaubagaimanapun tidak diketahui samaada MT Umno akan menerima cadangan tersebut atau menolaknya serta ada juga kemungkinan sesetengah ahli MT yang lantang akan terus mendesak Abdullah supaya berundur dengan segera.

www.suarakeadilan.com

No comments:

Post a Comment