Najib sahkan ada mesyuarat khas MT UMNO esok
PUTRAJAYA 25 Sept. – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan me syuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan esok.
“Ya, saya percaya akan ada mesyuarat khas esok,” kata Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika ditanya pemberita di Kementerian Kewangan di sini sama ada benar mesyuarat MT akan diadakan esok.
Lazimnya, mesyuarat MT diadakan di Ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Najib berkata sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau kerap mengadakan pertemuan dengan Abdullah yang boleh dikatakan setiap hari dan kadangkala lebih sekali dalam sehari.
Najib bagaimanapun enggan menjawab soalan berkaitan politik apabila diaju pemberita dan hanya berkata: “Soalan politik akan dijawab esok.” – Bernama
No comments:
Post a Comment