24 September 2008

Mengapa harga minyak turun 10 sen sahaja?

Harga minyak turun lagi 10 sen

Harga minyak dijangka akan diturunkan lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.45 seliter selepas pengurangan 15 sen bulan lalu.

Kerajaan dijangka akan mengumumkan secara rasmi petang ini, lapor laman web akhbar New Straits Times.

Perdana menteri semalam berkata beliau berharap harga petrol dan diesel dapat dikurangkan susulan harga minyak mentah dunia yang berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengurangan harga akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pagi ini.

"Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam kabinet.

"Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu.

"Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment