Tragedi keluarga menyayat hati
LONDON - Pihak polis yang mengkaji rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah seorang jutawan yang musnah terbakar di Maesbrook, Shrops mendapati satu penemuan mengejutkan.
Menurut sebuah akhbar semalam, dalam rakaman itu, jutawan tersebut, Christopher Foster membunuh anak perampuannya Kristie yang berumur 15 tahun dengan melepaskan tembakan dari selaras senapang.
Foster menembak dari arah belakang Kristie ke bahagian kepalanya ketika dia sedang duduk dalam bilik tidur di depan komputer.
Ketika ditembak, Kirstie sedang berbual menerusi laman web perbualan popular, Bebo.
Bilik tidur gadis itu terletak di tingkat tiga.
Foster kemudian menuju ke bilik tidur utama dan menembak isterinya, Jillian yang sedang tidur pada dua minggu lalu.
Selepas menembak mati isterinya, jutawan yang berumur 50 tahun itu membakar rumahnya itu yang bernilai £1.2 juta (RM7.34 juta).
Para detektif membuat penemuan itu menerusi imej yang dirakamkan daripada lima kamera CCTV yang dipasang oleh Foster.
Pihak polis percaya Kirstie merupakan mangsa pertama yang dibunuh.
Ujian terhadap mayat Foster itu menunjukkan dia minum minuman keras dalam jumlah terlalu banyak.
Beberapa botol arak ditemui dalam rumah yang musnah terbakar itu.
Satu sumber berkata: "Dia minum minuman keras sepanjang hari dan membawanya pulang.
"Dia mahu membunuh apa sahaja di depan mata dan memusnahkan apa yang dimilikinya."
Dalam rakaman CCTV itu, Foster menembak tiga ekor anjing dan mengheretnya ke dalam rumah untuk dibakar.
Dia kemudian menggunakan sebatang paip dari sebuah tangki minyak untuk memenuhi rumah itu dengan minyak dan membakarnya sebelum menembak tiga ekor kuda.
Foster yang berhutang sebanyak £2 juta (RM12.26 juta) baring di sisi isteri, menyalakan mancis dan menembak dirinya sendiri.
Dia dilaporkan berang kerana dilarang menjual rumah itu tanpa kebenaran daripada pihak yang mengendalikan pembubaran syarikat perniagaannya.
Sebelum ini, kisah misteri jutawan itu bersama isteri dan anaknya hilang menjadi gempar di Britain menyebabkan pihak berkuasa melakukan siasatan di sekitar rumah mereka yang msunah akibat terbakar. - Agensi
No comments:
Post a Comment