Kajian menyeluruh punca histeria pelajar Melayu
KUALA TERENGGANU 16 Sept. - Satu kajian menyeluruh mengenai punca histeria yang sering menyerang pelajar Melayu akan dijalankan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.
Beliau berkata kajian itu perlu kerana histeria hanya membabitkan satu bangsa sahaja iaitu Melayu dan tidak menyerang pelajar bangsa lain seperti Cina dan India.
“Kajian perlu mengambil kira soal kesihatan, ketahanan diri dan faktor genetik. Bagaimana hanya orang Melayu sahaja yang diserang dan bukan bangsa lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Razali yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu berkata kajian itu akan dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan yang masih menghadapi masalah serangan histeria sejak kira-kira dua bulan lepas.
- Bernama
No comments:
Post a Comment