Saya masih mahu jadi Senator: Zahid Ibrahim
KUALA LUMPUR 17 Sept. — Datuk Zaid Ibrahim yang meletak jawatan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Isnin mahu mengekalkan jawatan Senator untuk terus memperjuangkan kepada perubahan undang-undang di negara ini.
Beliau yang sebelum ini menjaga hal ehwal berkaitan perundangan akan menggunakan kepakaran dan pengalamannya dalam bidang perundangan untuk membawa perubahan kepada sistem kehakiman negara.
“Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mahu saya meneruskan tugas sebagai Senator untuk memperkenalkan perubahan dalam perundangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Kaukus Parlimen yang baru ditubuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membantu membebaskan Anggota Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Jumaat lepas, di sini hari ini.-
Semua MP PR menghadiri mesyuarat tersebut.
Zaid meletak jawatan setelah kecewa dengan pelaksanaan ISA terhadap tiga individu termasuk Teresa, penulis laman blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Tan kemudian dibebaskan pada Sabtu.
Dengan menyertai majlis tersebut, Zaid bagaimanapun menafikan kemungkinan beliau akan menyertai PR.
“Saya hanya menyertai mesyuarat untuk menyokong pembentukan Kaukus Parlimen untuk membantu membebaskan Teresa daripada ISA.
“Pendirian saya berhubung ISA ialah ia perlu digunakan untuk kepada orang yang mahu mengguling kerajaan dengan kekerasan dan bukan sebaliknya,” katanya.
-Bernama
No comments:
Post a Comment