25 September 2008

Elok hukuman potong tangan dikenakan ke atas perompak kereta ini jika didapati bersalah

Jual Toyota Harrier RM18,000 - Pelajar kolej ditahan curi kereta mewah

PETALING JAYA - Dua pelajar sebuah kolej swasta dan seorang penganggur yang dipercayai terlibat dengan sindiket mencuri kereta mewah dicekup sepasukan polis di sebuah pangsapuri dalam operasi Lejang baru-baru ini.

Kesemua suspek yang berjaya ditangkap dipercayai mencuri kereta mewah pelbagai jenis dan kemudian menjualnya ke negara jiran termasuk Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata, operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superitendan Bee Anak Amba, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurutnya, suspek yang merupakan pelajar kolej terbabit berusia lingkungan 19 tahun manakala seorang lagi rakannya yang merupakan seorang penganggur berusia dalam lingkungan 36 tahun.

“Ketika ditahan, polis berjaya merampas semula enam kereta mewah termasuk jenis Harrier dan Camry yang dianggarkan bernilai RM1 juta dan dilapor hilang di sekitar Lembah Klang sejak penghujung bulan Februari lalu.

“Modus operandi sindiket tersebut ialah membuat intipan kereta-kereta mewah yang ditempah pelanggan di beberapa kawasan yang mempunyai peluang untuk mereka mencuri,” katanya kepada pemberita di IPD Petaling Jaya, di sini, semalam.

Bakri memberitahu, kereta jenis Harrier yang dicuri dijual dengan harga RM18,000 manakala jenis Camry pula dijual dengan harga RM8,000.

Tambah beliau, mereka yang ditahan itu merupakan orang tengah yang pakar dalam memalsukan nombor plat kenderaan, membuat pendua kunci kereta dan terlibat secara terus dengan pelanggan.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment