03 September 2008

BN resah tarikh 16 September 2008

Lompat parti cerita dongeng- Dr. Maximus

PUTRAJAYA 2 Sept. - Khabar angin menyatakan wakil rakyat Sabah dan Sarawak akan menyertai pakatan pembangkang hanya sekadar cerita dongeng di angkasa, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Beliau menegaskan, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak tidak akan membelakangkan semangat demokrasi dengan melompat ke pakatan pembangkang.

''Khabar angin ini langsung tidak berasas, saya berjumpa dengan rakan-rakan (wakil rakyat dari Sabah) hampir setiap hari dan mereka tidak berniat untuk melompat parti.

''Saya sendiri merupakan seorang yang anti politik katak dan tidak faham kenapa pakatan pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mempropagandakan isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel sains mikrograviti anjuran Agensi Angkasa Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Maximus berkata, wakil rakyat yang ingin menukar parti perlu meletakkan jawatan supaya pilihan raya kecil boleh dijalankan.

''Kalau seseorang nak lompat parti, mereka perlu meletak jawatan dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

''Rakyat tidak mahu pemimpin yang tiada prinsip atau tidak setia kepada rakyat sebab golongan ini boleh jual negara," katanya.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment