06 September 2008

Bekas pelajar tahfiz rogol? | Setan tidak memilih orang

Rogol anak polis, ustaz dijel tujuh tahun dan sebat

KUALA LUMPUR - Angkara gagal mengawal nafsu, seorang pengamal perubatan tradisional bergelar ustaz dihukum penjara tujuh tahun dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah mengaku bersalah merogol anak seorang anggota polis sebanyak dua kali.

Hakim Fathiyah Idris mensabitkan Mohd. Faizal Zakaria, 22, dihukum penjara masing-masing tujuh tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua hukuman tersebut diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Julai 2007.

Bekas pelajar tahfiz dari Tumpat, Kelantan itu mengaku merogol gadis berusia 15 tahun 10 bulan tersebut di rumah mangsa, di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini dalam dua kejadian berasingan pada pukul 2 petang, 26 Jun 2007 dan pukul 2.30 petang, 4 Julai 2007.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Muttaqin Rabbani Abdullah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang ditahan reman selama setahun memohon supaya mahkamah meringankan hukumannya supaya memudahkannya mendapat pekerjaan kelak untuk meneruskan kehidupan.

Dia yang merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik mendakwa dirinya tempat keluarga bergantung harap memandangkan adik-adiknya masih lagi bersekolah.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment