Muhyiddin tak takut risiko
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan beliau sedia berdepan dengan apa jua risiko ekoran kenyataannya mempersoalkan proses pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010 yang dianggapnya terlalu lama.
Katanya pandangan beliau agar pelan peralihan kuasa itu disegerakan adalah satu pandangan ikhlas berdasarkan kepada maklumat balas daripada banyak pihak yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai tempoh peralihan yang agak panjang itu.
Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri, berkata pandangan itu juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan Perdana Menteri sebaliknya beliau merasakan ia adalah satu tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang disuarakan oleh banyak pihak.
“Sebab itu saya tidak takut untuk menyuarakan walaupun orang kata saya mungkin menanggung risiko. Itu risiko tidak apa, yang penting saya kata apa yang harus kita lakukan.
“Saya sudah berjumpa dengan banyak pihak, banyak badan setiap hari berhubung dengan saya, bertanya apa yang harus dibuat. Orang bertanya dengan saya apa akan jadi kepada negara kita. Mereka berasa bimbang, rasa takut,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini.
www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment