09 September 2008

Pakatan Rakyat harus berhati-hati kerana Umno mula sebut - sebut 13 Mei

Amaran Dr. Khir 13 Mei boleh berulang, Dr. M perlu kembali Umno

PETALING JAYA: Umno memerlukan pemimpin baru? Bekas Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohammad perlu kembali ke Umno?

Ia antara beberapa isu yang ditimbulkan oleg bekas Menteri Besar Selangor dalam blohgnya hari ini.

“UMNO memerlukan pemimpin baru bagi memberi nafas baru kepada parti dan juga rakyat. Bagi saya antara pemimpin dan parti, parti perlu lebih penting. Namun sanggupkah kita di bawah ini bersama melakukan perubahan?” kata Dr. Khir.

Kata beliau, “suka atau tidak, saya berpandangan peralihan kuasa perlu disegerakan.”

Jelas Dr. Khir, Umno perlu diutamakan manakala keresahan rakyat perlu diredakan dengan pembaharuan dijalankan dengan segera.

Krisis yang bermula dalam UMNO kini telah merebak dalam BN, kata beliau dan menambah, “saya bimbang ledakan ini tidak dapat ditampung dengan kekuatan yang ada sama ada dalam UMNO mahupun dalam BN.”

Sambil menggariskan nama empat pemimpin dalam tulisannya itu, Dr. Khir berkata, beliau berharap agar Dr. Mahathir menggunakan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, terlibat sendiri dengan peristiwa 13 Mei dan melibatkan diri sama pada krisis kepimpinan yang ada pada hari ini memainkan peranan yang lebih jelas untuk menyelamatkan parti dan juga negara.

“Saya berharap Tun Dr. Mahathir akan kembali kepada UMNO bagi membantu pemulihan parti.

“Saya bimbang jika kita lewat melakukan sesuatu, peristiwa rakyat berada di jalan akan berulang dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Tambah Dr. Khir, beliau berharap pucuk pimpinan sedar dan mengambil langkah yang lebih berani dalam memastikan parti akan terus kukuh, negara akan dapat diselamatkan dari ketidakstabilan politik.

http://www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment