Pertikai guna ISA tahan wartawan
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahalan menyifatkan penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap wartawan Tan Hoon Cheng sebagai tidak tepat dan boleh menjejaskan imej kerajaan.
Malah ujar beliau, alasan-alasan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa wartawan itu perlu dilindungi kerana menerima ancaman bunuh juga disifatkan ‘mengundang kekeliruan’.
Persoalannya kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, mengapa perlu guna ISA sedangkan polis boleh memberi perlindungan kepada Hoon Cheng.
‘‘Penggunaan ISA adalah untuk perkara yang serius dan perlu diguna pakai apabila undang-undang lain tidak mencukupi atau tidak dapat menyelesaikan masalah yang boleh menggugat keselamatan negara dengan segera,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Berbanding dengan penahanan wartawan itu, kata Abdul Rahman, alasan bagi penahanan Raja Petra dan Teresa Kok adalah adalah berasas perbuatan mereka yang boleh ditakrifkan sebagai ancaman kepada ketenteraman negara yang memang jelas dan memang wujud.
Katanya, hal ini jelas kerana walaupun telah berkali kali diberi nasihat atau amaran untuk jangan mencabar had undang-undang atau bermain dengan terma dan semangat para pengasas negara yang berbilang kaum yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
‘‘Sebagai Setiausaha Pemuda yang mewakili generasi muda, saya juga tidak mahu alasan yang tidak konkrit,” katanya.
www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment