18 September 2008

Abdullah tidak bertanggungjawab, gagal tadbir urus ekonomi negara, salahkan Anwar pula | Jika berani berdebatlah di kaca tv

Anwar mahu lingkup ekonomi negara

PUTRAJAYA 17 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menguar-uarkan penubuhan 'kerajaan baru' yang tidak menjadi kenyataan semalam bermotif untuk melingkupkan ekonomi negara.

Beliau menegaskan, Anwar sebenarnya mahu mengeksploitasi kepercayaan pelabur asing terhadap kejayaan negara.

''Sebenarnya pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini bukannya tak ada langsung. FDI masih masuk dan negara kita adalah antara negara yang diminati pelabur.

''Yang kata tidak ada pelabur dan FDI hanya Anwar seorang. Sebenarnya dia tidak baca dan tidak mahu ambil tahu langsung (kejayaan negara)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Hadir sama ialah timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah berkata, kerajaan akan melakukan apa sahaja usaha terbaik bagi memastikan ekonomi negara terus stabil dan menjadi pilihan pelabur asing.

Sehubungan itu, katanya, rombongan perdagangan akan dihantar ke luar negara bagi menjelaskan situasi sebenar keadaan dalam negara.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan Negara turut membidas Anwar yang terus memperlekehkan ekonomi negara.

Beliau berkata, kadar pelaburan tahun ini dijangka lebih tinggi daripada tahun lalu.

''Semalam kita telah meluluskan dua pelaburan besar yang akan kita umumkan sikit masa lagi. Ini dengan jelas menunjukkan keyakinan pelabur kepada kerajaan kita masih pada tahap baik," katanya.

Najib turut mengingatkan semua pihak supaya tidak terpengaruh dan menjadi mangsa kepada permainan psikologi ketua pembangkang itu.

''Kalau kita hentikan perkara ini, liputan-liputan kita jangan menggambarkan kita macam terperangkap dalam mainan ini, saya percaya ini akan bantu mewujudkan faktor psikologi yang lebih positif terhadap negara," katanya.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment