Sidang Media DSAI 20 Ogos 2008
Saya mengalu-alukan pendirian Dr Toh Kin Woon yang kini merupakan sahabat kepada Parti Keadilan Rakyat. Keyakinan beliau terhadap perjuangan kita sememangnya memperlihatkan adanya kemahuan yang kuat dari rakyat untuk melakukan perubahan.
Kita sentiasa konsisten dengan mesej dan agenda kita. Kita mahukan kemerdekaan dari kezaliman dan penindasan. Kita mahu rakyat bebas dari segala beban retorik ketuanan Melayu palsu! Sedangkan yang kaya hanya elit pemerintah dari UMNO! Bukannya keseluruhan rakyat, bukannya Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.
Kita telah meluncurkan Agenda Ekonomi Baru dan Mekanisme Penurunan Harga Minyak demi meringankan beban rakyat dan memacu kembali kemakmuran ekonomi negara. Kempen memerdekakan rakyat adalah kempen untuk memenangkan rakyat. Kempen yang tidak bergantung dengan pembunuhan karakter dan peribadi. Apa yang kita tawarkan semuanya demi kepentingan rakyat. Rakyat pasti menang!
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment