26 August 2008

Tidak terkejut jika Pandikar Amin lambatkan Anwar masuk Dewan Rakyat

'Jika Arif menang, angkat sumpah esok'

DAP mempertikaikan keputusan untuk menangguhkan majlis angkat sumpah ahli parlimen baru Permatang Pauh seperti dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Saya percaya tiada siapa di Malaysia meragui bahawa jika (calon BN) Arif Shah memenangi pilihanraya kecil itu, beliau akan mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen di Dewan Rakyat esok atau selewat-lewatnya lusa," kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Beliau mengulas laporan media yang memetik Pandikar Amin berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Speaker juga dilaporkan berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment