03 August 2008

Saiful ada maklumat ahli parlimen yang hendak lompat parti? | Blog itu mungkin palsu

Blog Saiful dedah hubungan

Dalam pada itu, sambil mengucapkan "selamat bertanding" kepada bekas bosnya Anwar di kerusi Permatang Pauh, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan beberapa perkara baru - antara lain dia pernah keluar bersamanya tiga kali sejak Mei lalu.

Saiful, 23, mendakwa sepanjang tempoh perkhidmatan dia pernah diberikan beberapa tanggungjawab oleh bekas majikannya, termasuk mengatur pertemuan sulit antara Anwar dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti.

Dalam tulisannya itu, Saiful turut mendedahkan bahawa tugasan serta tanggungjawabnya ialah membantu Ketua Staf Anwar, Ibrahim Yaackob.

"Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang coffee boy... membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staf menguruskan jadual DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Mengatur pertemuan sulit (sebagai contoh Ahli Parlimen yang hendak melompat parti, mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik Encik Hassanudin yang juga seorang ahli/ketua cawangan PAS.

"Mengiringi DSAI ke Hong Kong awal Mei 2008, Bangkok hujung Mei 2008 dan Singapura 16 dan 18 Jun 2008," kata Saiful menerusi tulisan terbaru dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Blog ini dimulakan bulan lalu.

Tulisan kali ini yang bersifat mendedahkan "butiran mendalam" bertajuk "Tugas-tugas seorang bekas Coffee Boy kepada DSAI".

Dia menulis perkara selanjutnya akan didedahkan di mahkamah.

"Selanjutnya saya akan bongkar di mahkamah nanti. Diharap bersabar," katanya.

"Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak... atau cuba minta DSAI (Anwar) jelaskan sendiri sama ada benar atau tidak," katanya.

Saiful berkata, beliau berdoa agar Pejabat Peguam Negara dapat mengendalikan kes ini kerana mahu mendapatkan keadilan.

Dia juga menyentuh pendiriannya untuk bersumpah membuktikan kebenaran pihaknya.

"Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan sumpah dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai," katanya.

Baru-baru ini Saiful menerusi peguamnya Zamri Idrus berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran kerana siasatan polis terhadap kes liwat itu selesai.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment