18 August 2008

Puteri Umno tidak ada segan silu lagi

Hishamuddin lega jentera BN beradab, beretika walaupun lawan biadap

KL: Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa lega dan bersyukur kerana jentera Pemuda BN menonjolkan disiplin serta etika kempen yang begitu tinggi walaupun diserang dengan pelbagai perbuatan ganas dan biadap oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh semalam.

Beliau berkata, tohmahan dan tuduhan pembangkang yang selama ini memberi gambaran serta persepsi salah terhadap Pemuda Umno dan BN, yang dianggap mereka sebagai ganas serta tidak berdisiplin, kini terpadam.

"Sebaliknya ia kini terpalit kepada pembangkang sendiri akibat tindak tanduk jentera dan penyokong mereka semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, insiden ganas yang melanggar undang-undang oleh jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh semalam membuktikan segala-galanya.

"Saya dan saudara Khairy Jamaludin (Naib Ketua Pemuda Umno) dengan berat hati semalam terpaksa menahan diri daripada turun padang ketika proses penamaan calon untuk bersama-sama jentera serta penyokong BN, sebagai langkah menghindari tercetusnya sebarang insiden tidak diingini selain mengelak daripada jentera BN dituduh terlibat sama melakukan tindakan ganas.

"Sekarang saya berharap orang ramai, khususnya pengundi dapat menilai siapa yang sebenarnya tidak boleh dikawal, tidak berdisiplin, biadap, membaling botol, ganas, mengganggu jentera pilihan raya sehingga sanggup menyerang wartawan dan mencederakan jurufoto akhbar tempatan," katanya.

Hishammuddun berkata, setiap jentera dan penyokong Pemuda BN diarahkan agar terus mengutamakan disiplin, tata susila, etika dan nilai-nilai murni selama berkempen di Permatang Pauh, walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Katanya, beliau percaya pihak pembangkang akan terus menekan, memprovokasi dan menguji kesabaran penyokong BN, namun beliau yakin Pemuda BN akan tetap terus berdisiplin dan meneruskan kempen dalam keadaan aman, harmoni dan beretika.

Semalam, jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad Mohd Sairen Nafis dan Halim Berber dari HBL Press News di Perancis mendakwa mereka dipukul oleh penyokong-penyokong PKR semasa menjalankan tugas pada hari penamaan calon.

http://klpos.com

No comments:

Post a Comment