17 August 2008

Penyokong PKR dituduh menyerang jurugambar | Siasatlah dahulu baru umum, mungkin orang Umno menyamar

Polis sedang kenal pasti suspek pukul dua jurugambar

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Polis sedang mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian menyerang dan membelasah dua jurugambar yang membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di sini, semalam.

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Supritendan Shaharon Anuar Abd. Latif berkata, untuk tujuan itu gambar-gambar yang diperolehi daripada kamera seorang jurufoto sedang diproses oleh pihaknya.

Selain proses pengecaman itu ujar beliau, polis juga telah merakamkan percakapan lima saksi dan pengadu yang membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku di Jalan Mengkuang di bawah jejantas Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) semalam.

``Laporan pertama diterima polis daripada seorang jurugambar terlibat yang turut kehilangan kamera Canon SLR 40D, manakala satu lagi daripada seorang penyelia syarikat yang melaporkan mengenai cermin sisi kanan kenderaannya yang pecah dan bahagian dinding kanan kemik.

``Kedua-dua insiden itu bersangkut paut antara satu sama lain dan laporan telah dibuat di Balai Polis Kubang Semang semalam,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Siasatan awal menunjukkan kata beliau, kira-kira pukul 1.10 petang semasa penyelia berkenaan bersama rakan-rakannya dalam perjalanan pulang ke Markas Barisan Nasional (BN) di Permatang Ara Perlis, mereka telah didatangi sekumpulan penyokong dipercayai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).- Utusan.

No comments:

Post a Comment