20 August 2008

Mereka belum diputuskan bersalah oleh mahkamah | Logik mutu pendidikan Malaysia rendah, jika menterinya begini

Kes Exco Perak ditahan BPR bukti `kehebatan’ pembangkang

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan penahanan dua Exco Kerajaan Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai bukti `betapa hebatnya' pakatan pembangkang yang memerintah negeri itu.

Menurut Hishammuddin, walaupun pemerintahan pakatan di Perak baru mencecah kira-kira enam bulan, namun penahanan berkenaan menunjukkan slogan bebas dari rasuah tidak diamalkan sepenuhnya oleh parti itu.

``Mereka diberikan lima negeri dan untuk membuktikan betapa hebatnya mereka, belum sampai enam bulan, dah jadi kes begini.

``Ini baru enam bulan. Jadi janganlah nak menyatakan bahawa parti itu lebih baik dari kita,'' ujarnya selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Wanita UMNO di Tanah Liat di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment