16 August 2008

Mereka akan guna apa sahaja termasuk fitnah untuk jatuhkan Anwar

Kereta Johari Baharom dikepung

Sekumpulan lebih 50 orang bertindak mengepung kereta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Johari Baharom ketika beliau melalui Jalan Kubang Semang di Permatang Pauh lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam pukul 12 tengah malam itu, kumpulan terbabit juga turut bertindak kasar dengan menghentak dan mengetuk kereta beliau yang dinaiki bersama tiga orang rakannya dari Umno Bahagian Kubang Pasu.

"Kami terperangkap hampir 15 minit sebelum beberapa orang tua yang melalui kawasan terbabit cuba mengawal keadaan dan memberi laluan untuk kami bergerak," katanya

Bernama memetik beliau berkata bahawa mereka juga menampal poster parti PKR di keretanya.

"Keadaan di situ seperti baru selesai mengadakan ceramah politik," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Johari yang juga Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, semasa kejadian itu, beliau bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Jitra selepas mengadakan tinjauan di kawasan peti undi Permatang Pauh.

"Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan dan saya akan melaporkan kepada polis supaya tindakan sewajarnya diambil ke atas mereka," katanya.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment