19 August 2008

Mengapa SPR takut sangat guna dakwat kekal?

SPR tetap tidak guna dakwat kekal

PERMATANG PAUH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal dengan pendiriannya tidak akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya termasuk semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh melainkan undang-undang membenarkan pihaknya berbuat demikian.

"Soal ini (penggunaan dakwat kekal) sudah tidak berbangkit lagi," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.

Kata beliau, SPR sudah pun menjelaskan bahawa dakwat khas tidak boleh digunakan kerana tiada peruntukan undang-undang.

"Bila tiada undang-undang ia tidak boleh digunakan, ini sudah jelas," tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai ada permintaan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar SPR menggunakaan dakwat kekal, Wan Ahmad berkata: "Itu hak mereka (untuk membuat permintaan. Tetapi keputusan SPR adalah jelas dan ia sudah tidak berbangkit lagi."

Pagi tadi, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mohd. Akin memberitahu mStar Online, pihaknya akan menghantar memorandum kepada SPR sebelum Khamis ini meminta supaya digunakan dakwat khas bagi mengelakkan penipuan pada hari pengundian 26 Ogos ini.

"Kami akan mengemukakan permintaan secara bertulis, dalam bentuk memorandum kepada SPR agar menggunakan dakwat. Kita perlu memastikan satu orang satu undi sahaja," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, pihkanya berharap SPR akan menggunakan pilihan raya kecil Permatang Pauh sebagai medan ujian penggunaan dakwat kekal dalam jangka panjang.

Kata beliau, pihaknya mendesak penggunaan dakwat kekal kerana ada unsur-unsur tidak sihat dalam proses kempen pilihan raya sekarang.

Malam tadi, calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, pihaknya akan membuat aduan kepada SPR mengenai tindakan BN mengambil kad pengenalan pengundi dalam usaha mempengaruhi pengundian minggu depan.

Aduan itu sepatutnya dibuat hari ini tetapi ditangguhkan.

SPR telah membatalkan rancangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-12 beberapa hari sebelum pengundian bagi mengelakkan implikasi perundangan.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment