24 August 2008

Maruah Utusan Malaysia sekali lagi tercalar apabila dipulau sebahagian rakyat Malaysia kerana berita yang tidak adil

DAP sekat Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Ogos – DAP yang lantang menyuarakan kebebasan media di Malaysia hari ini melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan Kongres Kebangsaan parti itu yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Langkah itu mengikut jejak sebuah lagi anggota pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah melarang wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia membuat liputan majlisnya.

Bagaimanapun tindakan itu berbeza dengan pendirian Pas yang langsung tidak mengenakan apa-apa larangan terhadap akhbar berkenaan termasuk ketika Muktamar Tahunan parti itu yang ke-54 di Ipoh baru-baru ini.

Penyelaras Media dan Hal Ehwal Parlimen parti itu, Lim Swee Kuan berkata, langkah terbabit adalah sebagai mematuhi pendirian pakatan pembangkang untuk memboikot akhbar berkenaan.

‘‘Walaupun tahun ini adalah kali pertama parti membenarkan petugas media membuat liputan keseluruhan perjalanan kongres dan bukannya majlis perasmian sahaja, tetapi kebenaran ini tidak diberikan kepada Utusan Malaysia,” ujarnya kepada wartawan akhbar berkenaan sejurus sebelum kongres bermula.

Semua wakil media yang membuat liputan kongres dua hari itu perlu mendaftar dengan parti terbabit dua minggu lalu bagi membolehkan mereka mendapat pas khas yang akan diperiksa petugas keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Pada kongres itu, sebanyak 58 pemimpin kebangsaan parti akan bertanding merebut 20 jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan ditentukan oleh 952 perwakilan.

Anggota CEC yang terpilih kemudian akan memilih dari kalangan mereka siapa yang akan menjawat jawatan utama dalam parti seperti pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi dan setiausaha agung.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment