Khairy, Hishamuddin beredar awal
Oleh Mohd Sayuti Omar
Selasa, 26 Ogos 2008
MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin di'boo' oleh para penyokong Pakatan Rakyat ketika Naib Ketua Pemuda Umno itu bersama ketuanya Hishamuddin Hussein melawat ke pusat pengundian di Penanti lewat tengah hari ini.
Kejadian itu berlaku sebaik saja Khairy yang sampai dengan sebuah kereta pancuan empat roda bersama Hishamuddin turun untuk membuat tinjauan.
Punca keadaan itu berlaku apabila kereta Khairy berhenti berhampiran pusat pengundian itu sehinggakan menganggu lalu lintas lain.
Gelagat dan sikap Khairy itu tidak disenangi oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di pusat pengundian berkenaan.
Melihat keadaan itu polis telah meminta pemandu kereta dinaiki Khairy dan Hishamuddin supaya beredar dari pusat pengundian.
Ketika ini Khairy di'boo' dan dimaki hamun termasuk dicerca sebagai "Menantu Perdana Menteri laknat".
Kerana 'protes' itu Khairy dan Hishamuddin hanya sempat berberapa minit saja di pusat pengundian itu kerana tidak tahan dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat.
Manakala dalam perkembangan lain gambaran zahir di pusat pengundi itu berpihak kepada calon PKR. Nisbah kunjungan pengundi ke bangsal panas untuk menyemak nama ialah 1 - 5 atau pun 3 - 10.
Satu atau lima ke bangsal panas BN dan lima atau sepuluh ke bangsal panas PKR.
Keadaan yang sama juga dilaporkan berlaku di pusat pengundian di Permatang Pauh di mana bilangan pengundi Cina agak ramai di situ.
Ketika ini hujan yang turun mulai jam 12: 45 tengah hari tadi semakin lebat dan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi.
www.klpos.com
No comments:
Post a Comment