Tunku Aziz Akan Terus Banteras Rasuah Setelah Sertai DAP
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang menyertai DAP semalam berkata langkah beliau itu akan memberi peluang kepadanya untuk meneruskan usaha membanteras rasuah bagi menegakkan pentadbiran yang lebih baik.
"Langkah saya memasuki landasan yang memberi peluang kepada saya untuk meneruskan usaha membasmi rasuah dan ke arah pentadbiran yang lebih baik, merupakan sesuatu yang saya percaya bersesuaian dengan hidup saya pada masa ini," katannya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas Pengerusi Institut Transparensi Antarabangsa Malaysia itu yang dilantik sebagai salah seorang Naib Pengerusi DAP, selepas menyertai parti tersebut berkata:
"Saya tidak mendakwa mempunyai keinginan yang sekian lama untuk berdiri di bawah satu panji-panji atau yang lain, mahupun pilihan saya boleh memberikan ganjaran jawatan tinggi".
Beliau berkata setelah menyertai DAP, beliau turut mengambil keputusan untuk mengosongkan sebarang jawatan eksekutif atau penasihat yang belau sandang selama ini termasuk pada peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment