PKR politik khutbah
BUKIT MERTAJAM: Pembangkang yang semakin terdesak ketika masa kempen berbaki tiga hari lagi menggunakan institusi masjid untuk memancing undi menerusi khutbah Jumaat, semalam.
Ketika tinjauan di sebuah masjid di Kubang Semang suara khatib dengan jelas dapat didengar menyampaikan khutbahnya untuk membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
"Saya mahu mengingatkan pengundi kawasan ini, pada 26 Ogos ini pilihlah pemimpin yang pernah dizalimi kerana pemimpin seperti ini tidak akan menzalimi rakyatnya kerana mereka pernah merasai keperitan dalam hidup.
"Pemimpin seperti ini juga yang akan membela kita, bukannya pemimpin yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya," katanya.
Khatib juga meminta pengundi supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap pemimpin PKR itu.
“Sebaliknya keluar mengundi bagi menyokong perjuangan parti membela rakyat dan membangunkan negara.
"Pekakkan telinga daripada fitnah dan dengarlah ayat-ayat suci untuk selamat sepanjang masa," kata beliau.
www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment