26 August 2008

Ezam masuk Umno pun tidak langsung memberi kesan bahkah meningkatkan populariti PR

Perang saraf malam terakhir, Shamsul umum keluar PKR

Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Shamsul Zaman dan Ketua Penerangan pergerakan negeri Efendy Yusuf bersama lebih 60 anggota pergerakan itu isytihar keluar parti, hari ini.

Shamsul dan Efendy yang juga exco Pemuda PKR berkata mereka menyertai Umno kerana tidak lagi percaya dengan kepimpinan parti itu yang sudah ikut cara DAP dengan menolak Islam dan membela bangsa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan pengakuan mereka semasa melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Kampung Pertama.

Sebelum ini, seramai 61 anggota PKR Seberang Jaya berikrar menyokong calon BN pada hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh esok.

Wakil Pemuda PKR Cawangan Seberang Jaya S.Sathia Nathan berkata mereka tidak lagi menyokong PKR kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.

"Dulu kita sokong Dr Wan Azizah (Presiden PKR) dan kita buat kerja untuk dia, tetapi dia telah tipu kita, dia tidak bantu kita dan kali ini kita tidak mahu sokong (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan kita sokong BN", katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera BN yang disempurnakan Najib di sini hari ini.

Katanya kesemua 61 orang pemuda yang keluar dari PKR itu adalah golongan yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan Dr Wan Azizah pada pilihan raya umum Mac lepas.

Sathia berkata mereka tidak lagi yakin dengan PKR kerana parti itu tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka dan kebanyakan pemuda India kini telah sedar bahawa kemajuan negara ini adalah hasil perjuangan BN.

Katanya beliau bersama rakan-rakannya bercadang untuk memohon menjadi anggota parti Gerakan dan akan terus aktif dalam BN selepas ini.

"Esok kita semua akan sokong BN dan kita yakin BN akan menang", kata beliau.

Terdahulu Najib dalam ucapannya pada majlis itu berkata suasana di Permatang Pauh kini telah berubah dan memihak kepada BN berbanding pada peringkat awal di mana seolah-olah menunjukkan BN akan kalah tetapi kini suasana telah berubah.

Katanya, BN berharap akan berlaku sesuatu di luar jangkaan esok dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah mengalahkan Anwar pada pilihan raya kecil ini.

Najib berkata tindakan pemuda berkenaan keluar PKR hari ini adalah salah satu petanda perubahan suasana di Permatang Pauh.

www.klpos.com

No comments:

Post a Comment