Ezam ulangi bersedia hadapi Anwar di Permatang Pauh
KLANG: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor sekali lagi mengulangi kesediaannya untuk berdepan dengan bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil UMNO Permatang Pauh nanti sekiranya dicalonkan.
"Kalau tanya saya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak. Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan untuk menegakkan kebenaran.
"Sebab itu saya kata jangan nak sebut dengan saya tentang kalah menang, dan jangan nak takutkan saya tentang kawasan Permatang Pauh. Jangan nak cabar saya kerana saya antara pejuang dan saya akan lawan," katanya dalam ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Shah Alam di sini malam tadi.
Mohamad Ezam menyifatkan penasihat PKR itu bukan seorang "pendekar" kerana memilih untuk bertanding di kawasan paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh.
"Selama ini orang ingat Anwar seorang pendekar tulen tetapi semalam dia dah tunjukkan sikap sebenarnya. Kalau betul dia pendekar kenapa dia perlu menyorok di kawasan selamat dan ajak orang bertarung," katanya.
www.mstar.com.my
No comments:
Post a Comment