Jadi calon atau tidak, Ezam tetap ke Permatang Pauh
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor sedia bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti.
Malah Ezam yang dihubungi Kosmo! semalam berkata, beliau tidak pernah gentar untuk menghadapi Penasihat PKR itu di mana-mana sahaja.
"Jadi calon atau tidak, saya ke sana (Permatang Pauh) demi kebenaran,'' katanya.
Ditanya tentang tindakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Ezam memberitahu, ia perbuatan tidak bertanggungjawab untuk mengheret isu liwat ke dalam kempen pilihan raya.
Ezam percaya Anwar bertanding kerana mahu mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang dan terus meracuni fikiran rakyat.
www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment