PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan tidak lama lagi ekoran perletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anggota Parlimen kawasan itu semalam.
Beliau berkata, perletakan jawatan oleh Dr. Wan Azizah merupakan strategi politik PKR dalam usaha mengalih pandangan umum terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, BN juga perlu memboikot pilihan raya kecil itu kerana ia merugikan wang rakyat apabila belanja besar terpaksa dikeluarkan, sedangkan pilihan raya itu sendiri sebenarnya tidak perlu.
“Barisan Nasional tidak perlu mengikut strategi yang dibawa oleh Anwar, dan sepatutnya pilihan raya kecil seperti itu tidak seharusnya diadakan kerana keadaan semuanya baik,” katanya di Kota Baharu semalam.
Bernama yang memetik Annuar berkata, tidak ada sebab Dr. Wan Azizah perlu meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen, melainkan ia sematamata berpunca daripada cubaan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap masalah yang dihadapi oleh suaminya, yang merupakan penasihat PKR.
“Adalah sesuatu yang memalukan untuk bertanding dengan Anwar yang pernah dipenjara kerana penyelewengan, dan sekarang masih disiasat berhubung satu kes serius,” katanya.
Mstar
No comments:
Post a Comment