15 August 2008

Ariff Shah akan kalah | Anwar akan ke Parlimen dengan mudah

Pemimpin DAP, PKR akui kredibiliti Ariff Shah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Angkatan Muda Parti Ke- adilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin antara pemimpin yang mengakui BN telah membuat pemilihan yang betul mengenai Datuk Ariff Shah Omar Shah sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Malah Guan Eng berpendapat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu adalah calon dari UMNO yang paling layak bagi mencabar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau (Ariff Shah) dipilih kerana paling layak dan berkebolehan.

"Ariff Shah juga popular dan sebagai ADUN beliau telah memberi khidmat kepada penduduk Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Bina Semangat Air Itam milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang di sini semalam.

Setiausaha Agung DAP itu tidak mahu Pakatan Rakyat memandang rendah saingan oleh Arif Shah kelak.

Shamsul Iskandar pula yakin Anwar akan menang, tetapi kebolehan Ariff Shah dijangka menyebabkan majoriti undi PKR mungkin mengecil.

"Berbanding calon lain, pemilihan Ariff dilihat lebih tepat berikutan kebolehannya berbahasa Mandarin dan Hokkien serta kemahiran berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat setempat," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Menurutnya, Ariff Shah juga telah mempamerkan prestasi cemerlang sehingga mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya selama dua penggal berturut-turut.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment