15 August 2008

Arif Shah seolah-olah tahu Abdul Jalil kecewa tidak menjadi calon

Arif tidak rebut ketua bahagian Umno jika tawan Permatang Pauh

PERMATANG PAUH: Dalam usaha awal untuk menyatu dan memantapkan jentera Umno Bahagian Permatang Pauh, calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengambil pendekatan mudah malam tadi bagi "memenangi" hati semua pihak.

Pendekatannya, beliau tidak akan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh jika memenangi berjaya menawan semula Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

"Jika saya menang pada pilihan raya kecil ini saya mahu berkongsi kuasa sebagai wakil rakyat dengan kepimpinan Umno.

"Saya tidak akan bertanding jawatan ketua bahagian," kata beliau selepas bertemu dengan jentera pilihan raya Umno Bahagian Permatang Pauh di Sg. Semambu di sini malam tadi.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Arif Shah, beliau bersedia untuk memberi laluan kepada penyandangnya, Datuk Abdul Jalil Majid atau sesiapa lain yang ingin bertanding kerusi itu jika menang kelak.

Ketika ditanya sama ada ia satu kompromi menenangkan keadaan dan menang pilihan raya kecil, jelas beliau, ia bukan tindakan berbentuk kompromi tetapi satu cara untuk berkongsi kuasa dengan pemimpin bahagian itu.

Arif Shah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya dan tanpa disangka-sangka terpilih sebagai calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini ramai menyebut Abdul Jalil merupakan antara nama yang bakal mewakili BN dan Umno dalam pilihan raya kecil.

Arif Shah adalah antara ketua cawangan dalam Umno Bahagian Permatang Pauh yang mendapat pencalonan daripada cawangan-cawangan Umno untuk bertanding bagi jawatan Ketua Umno dan menentang Abdul Jalil.

Beliau memperoleh 14 pencalonan manakala Abdul Jalil telah memperoleh 16, Timbalan Ketua bahagian, Datuk Pirdaus Ismail pila 19 dan Datuk Ahmad Saad (lima).

Permatang Pauh mempunyai 93 cawangan dan setakat ini lebih satu pertiga sudah mengadakan mesyuarat.

Ketika ditanya bagaimana jika tidak berjaya dalam pilihan raya kecil, Arif Shah menegaskan, beliau menggunakan terma "jika menang" kelak untuk tidak bertanding dan berkongsi kuasa.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment