Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
28 August 2008
Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.
Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.
Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.
Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.
Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.
Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.
www.mstar.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment