23 August 2008

Alasan untuk mempercayai Saiful dicipta untuk jatuhkan Anwar seterusnya Pakatan Rakyat

Hairan Khairy Jamaluddin

Kepada Editor www.umno-reform.com
tolong siarkan

Saya amat tertarik untuk membincangkan kenyataan Khairy Jamaluddin dalam www.utusan.com.my yang mengatakan Saiful itu “budak bancuh kopi” dan menjadi satu kehairanan untuk beliau kenapa boleh di bawa luar negeri?

Apa sebenar yang mahu dihairankan oleh Khairy Jamaluddin? Adakah Khairy tidak hairan mengenai kenyataan Saiful yang di liwat tanpa kerelaan dan tuduhan di mahkamah bahawa Saiful dan Anwar melakukan secara suka rela? Sebenarnya sebelum kes ini terus di sensasi oleh kerajaan dan UMNO khususnya, saya terperangkap untuk mempercayai bahawa tuduhan kali kedua ini pasti betul kerana tak mungkin UMNO terlampau bodoh untuk membuat ulang tayang kes tuduhan pertama yang telah banyak menjejaskan UMNO. Tapi setelah Pak Menteri dan Polis mengemukakan komen mereka, setelah PUSRAWI mengeluarkan kenyataan mereka dan kenyataan berat sebelah polis, pemimpin UMNO dan media maka keraguan mengenai kes liwat ke-2 ini timbul.

Apa tah lagi dengan sumpah Saiful yang mengatakan beliau di liwat tanpa kerelaan sedangkan tuduhan di mahkamah mereka melakukan dengan rela? Habis repot polis Saiful kata apa – buat seks luar tabii suka sama suka atau beliau di liwat tanpa kerelaan?

Kenapa anak didik Oxford itu tidak hairan dan peka kepada perkara yang jauh lebih berat dari “budak pembancuh kopi”. Kenapa tidak dipersoalkan keraguan yang lebih besar – peranan polis, Jabatan Peguam Negara yang membuat tuduhan berbeza dari makluman pengadu. Ini melibatkan perkara besar untuk di hairankan.

UMNO kena jawab perkara – perkara seperti itu untuk membersihkan UMNO dari terus dikatakan sebagai orang yang terlibat dalam konspirasi itu. Ini baru satu persoalan yang meragukan – belum lagi akuan sumpah doktor yang memeriksa dan kenapa atas laporan itu tidak di timbulkan keraguan sama ada benar atau tidak Saiful kena liwat. Kita belum lagi mempersoalkan kenapa Saiful jumpa TPM Najib untuk mengadu hal dan kenapa Najib menipu dalam pertemuan dengan Saiful.

Kepada UMNO yang selama ini saya memangkah mereka untuk pilihan raya – tolong ambil pendekatan yang realistik, ikhlas dan lebih bertamadun untuk saya memangkah UMNO kembali. Setakat ini, dengan Khairy Jamaluddin merasa hairan – saya lebih hairan kenapa orang masih mahu mengangkat bendera UMNO.

http://umno-reform2.com

No comments:

Post a Comment