04 August 2008

Alangkah indahnya hidup apabila polis juga bertindak begini jika berlaku pada rakyat kebanyakan

Jejak perompak kerabat diraja

IPOH – Dua operasi besar-besaran bagi menjejaki perompak yang memasuki rumah seorang kerabat diraja Perak di Taman Canning di sini awal pagi Jumaat lalu dilancarkan di seluruh bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, buat masa ini tiada suspek yang ditahan walaupun kita memberkas 31 orang termasuk lapan rakyat asing dalam ‘Ops Cegah Jenayah Bersepadu’ yang diadakan di sekitar bandar raya ini.

Menurut beliau, dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi semalam, sekurang-kurangnya 200 orang telah diperiksa termasuk penagih dadah dan sesiapa yang mencurigakan.

“Polis kini masih menyiasat dan mengumpul maklumat untuk mencari suspek yang menyamun keluarga diraja itu,” kata beliau.

Berikutan itu, katanya, polis akan memperluaskan operasi khas ini ke seluruh Perak bagi mencari suspek terbabit.

Azisman memberitahu, polis percaya suspek masih berada di negeri ini namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment