26 July 2008

Umno sudah tidak berdaya, sanggup bertongkatkan Pas

Pendedahan Pak Lah – memalukan UMNO

mengenai tawaran dan “dealing” di Selangor selepas PRU 12 tidak nampak akan memecahkan PAS tetapi nampak menjelaskan bahawa PAS adalah alternatif untuk Islam/Melayu berpaut. Pendedahan Pak Lah memang mempunyai asas untuk Pakatan Rakyat tidak mempercayai sikap curang PAS tetapi ini juga menunjukkan bahawa UMNO semakin tersisih dan terpaksa merayu untuk terus memerintah. Tindakan penerangan dan pendedahan Pak Lah menunjukkan bahawa PKR dan DAP semakin kuat dan UMNO perlu mencari jalan untuk terus berdiri dan hari ini apa yang nampak ialah UMNO perlu bertongkatkan PAS.

Pendedahan sekarang ini oleh Pak Lah akan menunjukkan betapa terdesaknya UMNO dan ini tidak baik untuk reputasi UMNO yang semakin merudum. UMNO benar-benar tertekan? UMNO benar-benar tidak lagi boleh berdiri? Pendedahan itu hanya menunjukkan UMNO sudah di tahap kritikal dan perubahan untuk me-reform-kan UMNO semakin tawar dan semakin tersisih. Kedudukan ini akan berlarutan kerana ahli UMNO masih tidak sedar keadaan UMNO hari ini. UMNO nampak terkongkong dalam dunia mereka sendiri dan pemilihan kali ini tidak menampakkan kekuatan tetapi hanya menampakkan kedudukan yang sama tanpa ada perubahan di peringkat nasional. UMNO terus diserang dari semua segi – Internet – ceramah dan media sendiri nampak susah untuk mempertahankan UMNO.

Suara baru perlu ada. Kedudukan UMNO dalam media semakin meleset dan tidak akan nampak pulih dan bertenaga. Lupakan mengisi tempat sebagai membalas budi atau simpati – pastikan yang baru – bukan sahaja orang dalam UMNO tetapi mereka yang dapat membantu UMNO adalah lebih penting dari yang berada dalam UMNO tetapi tidak dapat melaksanakan perubahan. Langgar tempoh usang lama-ganti dengan persekitaran baru dan terbuka, langkah terakhir perubahan UMNO.

Terkini: Rundingan antara PAS dan UMNO bentuk kerajaan Selangor

Malaysiakini.com dalam laporannya mengatakan bahawa terdapat rundingan untuk membentuk kerajaan campuran di Negeri Selangor antara PAS dan UMNO. Sungguhpun spekulasi berkenaan isu itu pernah wujud tetapi kesahihannya adalah apabila Pak Lah mengumumkan perkara ini baru-baru ini. Menurut sumber yang pernah kami peroleh diskusi itu terbantut kerana perebutan jawatan Menteri Besar Selangor antara Hassan Ali dan Khir Toyo. Spekulasi itu turut menyebut perjumpaan di Sherton Petaling Jaya sebagai tempat perjumpaan. Banyak lagi sebenarnya spekulasi mengenai “dealing’ antara PAS dan UMNO sewaktu pilihan raya 12 tersebut namun semua itu spekulasi sungguhpun hari ini disahkan kebenarannya. Dalam pada itu www.umno-reform.com akan mula mengkaji semula email yang diterima mengenai “dealing” khususnya nama-nama yang melibatkan Hassan Ali, Muhfuz Omar, Zulkifli Nordin dan beberapa tokoh dengan wakil-wakil UMNO yang melibatkan kepimpinan tertinggi.

www.umno-reform2.com

No comments:

Post a Comment