11 July 2008

Tujuh termasuk tiga bergelar Datuk ditahan rasuah keluar visa PATI

PUTRAJAYA 11 Julai – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan tujuh orang termasuk tiga bergelar Datuk, antaranya seorang ketua sebuah jabatan kerajaan kerana terlibat mengeluarkan visa untuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dalam operasi yang bermula sejak Selasa lalu hingga malam tadi, BPR merampas wang tunai hampir RM500,000 serta sejumlah besar visa yang dipanggil `calling visa'.

``Ketujuh-tujuh mereka kini direman antara empat hingga lima hari untuk siasatan,'' kata Ketua Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Mohd. Shukri Abdul pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, ketujuh-tujuh mereka yang berusia dalam lingkungan umur antara 35 hingga 64 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.

Ketua jabatan kerajaan terbabit direman di Mahkamah Majistret Kajang pada pukul 3 petang ini. – Utusan.

No comments:

Post a Comment