04 July 2008

Tidak hairan, jika esok Bala buat akuan sumpah ke-3, yang dia kena paksa buat akuan ke-2

Bala tarik balik akuan bersumpah, guna peguam baru

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang semalam menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya bertarikh 1 Julai, hari ini menarik balik tuduhan itu.

Semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar, kata Balasubramaniam menerusi peguam barunya M. Arulampalam pada sidang akhbar di sini.

Difahamkan peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan," katanya dalam akuan bersumpahnya yang baru bertarikh hari ini.

Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:

"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bilabila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

Beliau telah mengadakan satu sidang media di Kuala Lumpur pagi ini untuk menarik balik akuan bersumpahnya itu.

Semalam bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di pejabat PKR, Balasubramaniam telah mendedahkan mengenai hubungan langsung Timbalan Perdana Menteri bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment