18 July 2008

Syed Hamid kurang berhati - hati ketika berkata-kata

Anwar minta Syed Hamid henti buat kenyataan

KUALA LUMPUR 18 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kes liwat melibatkannya kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis.

Peguamnya, R. Sivarasa berkata, selagi Syed Hamid terus mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mencampuri siasatan polis ia mungkin boleh mengganggu siasatan.

“Kenyataan beliau (Syed Hamid) semalam bahawa anak guam saya tidak perlu takut menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) dan boleh guna doktor sendiri jelas mencampuri siasatan polis.

“Sedangkan, pengambilan sampel untuk ujian DNA anak guam saya masih tidak perlu pada masa ini memandangkan siasatan belum sampai ke tahap itu,” katanya pada sidang akhbar di rumah Anwar di Bukit Segambut di sini petang ini.

Sivarasa berkata, DNA itu tidak perlu dilakukan sekarang kerana tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kes liwat berkenaan.

“Kita hairan kenapa ia (pengambilan sampel DNA) jadi isu utama,” katanya. – Utusan.

No comments:

Post a Comment