Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Dr Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin semalam.
Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah.”
Sebelum ini, Dr. Asri telah menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah’ atau bersumpah.
Katanya lagi,"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."
Ketika ditanya samada beliau bersetuju atau tidak untuk meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah berhubung dakwaan liwatnya, dia berkata,"Keterangan mesti diberikan oleh orang yang didakwa (Anwar). Apabila sesuatu perkara itu dizahirkan, ia mesti ada bukti.
"Sekiranya tidak ada bukti, barulah diambil pendekatan bersumpah ini,” tambah Dr. Harussani ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Kata Dr. Harussani lagi, Anwar perlu memberi bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak terlibat dengan dakwaan tersebut.
Namun apabila diminta pandangan lanjut, Dr. Harussani berkata, “Saya tak nak komen lagi sebab tak nak terlibat tentang hal ini.”
Pertelingkahan parti politik
Beliau menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.
Difahamkan terdapat perbezaan pendapat tentang hukum liwat di negara ini. Ada ulama yang mengatakan sebatan 100 kali rotan dan ada yang berkata tidak pasti. Ini adalah kerana undang-undang Islam di Malaysia hanya merangkumi kes zina sahaja dan bukan kes liwat.
klpos.com
No comments:
Post a Comment